Assalamualaikum w.b.t
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”
Semoga dengan info ini, dapatlah kita kongsi bersama sahabat-sahabat kita yang lain dan kita sendiri jangan lupa untuk memperbetulkan salam kita.. InsyaAllah..
Keterangan:
Artikel ini diambil dari suatu sumber. Saya bukanlah ahli hadith untuk menentukan kesahihan hadith tersebut, begitu juga makna a'kum dan sebagainya. Sebenarnya hal ini perkara kecil sahaja, dan bukan sesuatu yang memerlukan anda keluarkan duit, berpeluh satu badan hanya untuk membetulkan satu perkataan. Terpulang pada anda untuk menilai sendiri, takkanlah semata-mata untuk mengkaji a'kum tu betul ke maksudnya begitu, kita terpaksa menilik bermacam2 buku dan akhirnya jika betul pun tak memberi impak yang besar pada yang membaca. Bukankah satu kerugian? Dan orang-orang yang selalu tidak setuju dengan perbezaan pendapat seperti ini hanya pandai cakap sahaja, kalau kita tanya, dia pun tak kaji. Macam mane tu? "Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih" Pendapat sayalah, tak payah nak tahu maksud a'kum tu apa, bye tu apa pun tak apa, asalkan kita dah tahu As salam adalah singkatan yang betul bagi Assalamualaikum.. =) Jadi sama-samalah kita bertawakkal kepada Allah, sesungguhnya sesiapa yang mahu ke arah yang lebih baik Allah akan tunjukkan jalannya.. Yang baik kita ambil, yang was-was kita jauhkan.. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment